Tuesday, June 22, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot 2010, Edisi Ke 5


SERIAN, Kampung Pichin, 29 Mei 2010: Pasukan AKJAEMURA muncul juara Pertandingan Bolasepak Piala YB Datuk Richard Riot 2010, Edisi Ke 5 setelah mengalahkan Pasukan Pichin FC 3 - 0 dalam Perlawanan Akhir. Tempat Ke 3 pula dimenangi oleh Pasukan KMS.

Wednesday, May 26, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke 5


SERIAN, Kampung Pichin, 23 Mei 2010: Sang juara Pertandingan Bola Sepak Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke 5 akan ditentukan Sabtu ini. Dalam Perlawanan Akhir PICHIN FC akan menentang AKJAEMURA manakala Perlawanan Tempat Ke 3, KMS akan menentang BP United.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pasukan yang berjaya akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen P.199 Serian, YB Datuk Richard Riot Ak Jaem.
Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,500.00 beserta piala dan pingat.

Wednesday, May 19, 2010

Piala YB Datuk Ricahrd Riot Jaem 2010, Edisi Ke 5


SERIAN, Kampung Pichin, 16 Mei 2010: Naib Juara Piala MP Serian 2008 iaitu KMS dan Tempat Ke-3 Piala MP Serian 2008, Pichin FC akan bertemu di Perlawanan Separuh Akhir Pertama manakala BP Utd. dan AKJAEMURA akan bertemu di Perlawanan Separuh Akhir Kedua.

Tuesday, May 11, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke 5




SERIAN, Kampung Pichin, 9 mEI 2010: 8 pasukan (Suherman Trading, KMS, Pichin FC, Bidak Plaman, Real Soccer FC, BP. Utd, United Camus dan Akjaemura) telah layak ke perlawanan Suku Akhir Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010.


Monday, March 29, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot 2010, Edisi Ke 5


SERIAN, Kampung Pichin, 28 Mac 2010: Naib Juara Piala MP Serian 2008, KMS menang bergaya setelah menewaskan Riih FC dengan jaringan 4-1 manakala pasukan tuan rumah Pichin FC menang tipis 1-0 keatas Empungan FC. Gol Pichin FC dijaringkan oleh Chronicle menerusi sepakan penalti. Padawan Utd. berjaya menewaskan pasukan pilihan ABADAS dengan jaringan 2-0.

Wednesday, March 24, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot 2010, Edisi Ke 5

SERIAN, Kampung Pichin, 21 Mac 2010: Juara Bertahan, Taee Union mara ke pusingan ke 2 setelah menang tipis 2-1 keatas V40.
Turut mara ke pusingan ke 2 ialah pasukan Suherman Trading dan pasukan KBA. Suherman Trading mengalahkan AY Crew FC dengan jaringan 2-0 manakala pasukan KBA mengalahkan Sim Utd. dengan jaringan 4-3.



Tuesday, March 16, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke-5


SERIAN, Kampung Pichin, 14 Mac 2010: Pasukan pilihan Pawan FC menang besar dengan membelasah Metro FC 14-0 manakala Nyabet FC, TM FC dan Tebakang Dayak mara ke pusingan ke-2 setelah mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Tuesday, March 9, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke-5

SERIAN, 7 Mac 2010 : Pasukan tuan rumah, Pichin FC menang mudah dengan membelasah pasukan Lavender FC 5 - 1 dalam perlawanan pembukaan. Dua perlawanan terdahulu menyaksikan Sim Utd. mengalahkan pasukan PLG FC 1-0 manakala pasukan Suherman Trading menang tipis 1-0 keatas pasukan D'Bena. Sebanyak 39 pasukan menyertai pertandingan kali ini dan semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Mini Kampung Pichin.