Monday, March 29, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot 2010, Edisi Ke 5


SERIAN, Kampung Pichin, 28 Mac 2010: Naib Juara Piala MP Serian 2008, KMS menang bergaya setelah menewaskan Riih FC dengan jaringan 4-1 manakala pasukan tuan rumah Pichin FC menang tipis 1-0 keatas Empungan FC. Gol Pichin FC dijaringkan oleh Chronicle menerusi sepakan penalti. Padawan Utd. berjaya menewaskan pasukan pilihan ABADAS dengan jaringan 2-0.

Wednesday, March 24, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot 2010, Edisi Ke 5

SERIAN, Kampung Pichin, 21 Mac 2010: Juara Bertahan, Taee Union mara ke pusingan ke 2 setelah menang tipis 2-1 keatas V40.
Turut mara ke pusingan ke 2 ialah pasukan Suherman Trading dan pasukan KBA. Suherman Trading mengalahkan AY Crew FC dengan jaringan 2-0 manakala pasukan KBA mengalahkan Sim Utd. dengan jaringan 4-3.



Tuesday, March 16, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke-5


SERIAN, Kampung Pichin, 14 Mac 2010: Pasukan pilihan Pawan FC menang besar dengan membelasah Metro FC 14-0 manakala Nyabet FC, TM FC dan Tebakang Dayak mara ke pusingan ke-2 setelah mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Tuesday, March 9, 2010

Piala YB Datuk Richard Riot Jaem 2010, Edisi Ke-5

SERIAN, 7 Mac 2010 : Pasukan tuan rumah, Pichin FC menang mudah dengan membelasah pasukan Lavender FC 5 - 1 dalam perlawanan pembukaan. Dua perlawanan terdahulu menyaksikan Sim Utd. mengalahkan pasukan PLG FC 1-0 manakala pasukan Suherman Trading menang tipis 1-0 keatas pasukan D'Bena. Sebanyak 39 pasukan menyertai pertandingan kali ini dan semua perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Mini Kampung Pichin.